Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB kali ini akan melaksanakan Pilihan Raya
Kampus Sesi 2021/2022 secara atas talian. Pelaksanaan Pilihan Raya secara atas
talian merupakan platform terbaik buat masa kini kerana mengambil kira situasi semasa
di mana negara dilanda Pendamik COVID-19 dan majoriti pelajar masih berada di rumah
masing-masing.
Secara ringkasnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berfungsi sebagai mata dan telinga
pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian di kampus. Oleh itu,
Pilihan Raya Kampus merupakan medan Latihan terbaik kepada mahasiswa/I untuk
memperoleh pengalaman dan pendedahan menyeluruh yang merangkumi kemahiran
Insaniah mereka. Seorang pemimpin yang dipilih harus memikul tanggungjawab dan
mereka benar-benar viable dan berkarisma dalam memberi perkhidmatan dan
tanggungjawab kepada masyarakat kampus khususnya. Berkarisma merupakan kata
kunci tepat kepada krateria seorang pemimpin pelajar. Dengan itu besarlah harapan
pihak university untuk melahirkan pemimpin pelajar yang versatile dan serba boleh.
4 Oktober | Pembubaran MPP sesi 2019/2021 |
5 – 11 Disember | Notis Pilihan Raya edaran borang pencalonan |
14 Disember | Penamaan Calon |
16 – 23 Disember | Kempen Pilihan Raya Kampus Manifesto Calon |
27 Disember | Pilihan Raya Kampus |
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti College Bestari