Logo

Logo

LAMBANG University College Bestari (UCB) ialah sebuah glob yang berbentuk bulat. Lambang ini terdiri daripada beberapa warna iaitu biru, putih, kelabu dan merah cili. Warna-warna ini membawa maksud tertentu. Sebuah buku dan obor terletak di atas glob ini. Kelihatan seolah-olah tangan yang memeluk glob.

Obor

Melambangkan semangat untuk menjadi sebuah universiti yang melahirkan modal insan yang profesional.

Huruf 'E' pada obor

“EXCELLENCE” – merujuk kepada kecemerlangan.​​

Buku

Melambangkan kitab suci Al-Quran yang menjadi rujukan dan panduan.

Glob

Merujuk kepada UCB menuju pengantarabangsaan.

Tangan yang memeluk Glob

Melambangkan cita-cita yang bertaraf dunia.

Merah Cili

Melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan.

Kelabu

Bermaksud kesamarataan dari segi peraturan dan undang-undang.

Putih

Melambangkan kejujuran dan keikhlasan.

Biru

Melambangkan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya.