+6019 4101 400

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) merupakan satu bahagian yang menyediakan perkhidmatan dan latihan sebagai sokongan kepada proses pengajian dan penyelidikan siswa di UCB.

Visi

HEPA berhasrat menjadi pusat transformasi mahasiswa ke arah melahirkan graduan yang seimbang.

Visi

HEPA berhasrat menjadi pusat transformasi mahasiswa ke arah melahirkan graduan yang seimbang.

Misi

Menyediakan perkhidmatan dan latihan yang berkesan untuk melahirkan graduan yang seimbang.

Peranan

Menyediakan perkhidmatan kebajikan pelajar, kaunseling, penawaran kursus ko-kurikulum wajib dan alumni.

 Memberi latihan dan bimbingan dari segi kepimpinan, sukan badan beruniform bagi melahirkan graduan yang seimbang.

Menyedia dan menyelenggara kemudahan dan peralatan untuk kegunaan pelajar dengan baik.

Peranan

Menyediakan perkhidmatan kebajikan pelajar, kaunseling, penawaran kursus ko-kurikulum wajib dan alumni.

 Memberi latihan dan bimbingan dari segi kepimpinan, sukan badan beruniform bagi melahirkan graduan yang seimbang.

Menyedia dan menyelenggara kemudahan dan peralatan untuk kegunaan pelajar dengan baik.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai sebuah Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang unggul dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menguruskan perjalanan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di UCB ini dengan menyediakan perkhidmatan dan latihan.

Alumni Universiti

Di antara alumni UCB yang telah berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi.

Alumni Universiti

Di antara alumni UCB yang telah berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi.

 

Kebajikan Pelajar

Kebajikan pelajar tertumpu kepada Bantuan Kewangan, Bantuan Makan dan Minum, Kemudahan Penginapan dan Perkhidmatan Kesihatan.  Pengurusan Kebajikan Pelajar UCB sedia ada diuruskan secara bersama melalui Tabung Kebajikan (Pinjaman) pelajar, Tabung Kebajikan (Sumbangan/Kecemasan) pelajar, Bantuan Makan dan Minum pelajar, Perkhidmatan Kesihatan pelajar dan Insuran pelajar.

Aktiviti Dalam Kampus​​

Aktiviti ini boleh dikategorikan seperti seminar, forum, simposium, persidangan, kursus, ceramah, aktiviti kebudayaan dan sosial, pameran, peraduan seperti mengarang esei, sajak, pidato, kuiz, debat dan sebagainya. Selain daripada itu, aktiviti sukan dan rekreasi serta pesta juga merupakan aktiviti dalam kampus.

Aktiviti Dalam Kampus​​

Aktiviti ini boleh dikategorikan seperti seminar, forum, simposium, persidangan, kursus, ceramah, aktiviti kebudayaan dan sosial, pameran, peraduan seperti mengarang esei, sajak, pidato, kuiz, debat dan sebagainya. Selain daripada itu, aktiviti sukan dan rekreasi serta pesta juga merupakan aktiviti dalam kampus.

Aktiviti Luar Kampus​

  • Aktiviti luar kampus boleh dikategorikan seperti khidmat bakti, kelas bimbingan, lawatan, mewakili kursus / seminar / persidangan / simposium dan pertukaran siswa ke luar negara. Ia juga meliputi sukan, rekreasi dan aktiviti kebudayaan.

    Semua aktiviti yang dijalankan perlu dirancang selaras dengan pembentukan keunggulan diri atau towering personality seseorang dalam lima dimensi iaitu:

    Kepimpinan dan Pengurusan
    Kreativiti, Daya Cipta dan Keusahawanan
    Khidmat Sosial
    Kerohanian
    Ketahanan Diri

Maklumat Unit

Pengenalan

Unit ini memfokuskan usaha supaya siswa aktif dalam aktiviti berorganisasi melalui kegiatan berpersatuan bagi melahirkan pemimpin berketrampilan dan bersahsiah baik ke arah pembangunan kemahiran insaniah (soft skill). Penekanan diberikan kepada menerapan kemahiran pengucapan awam sebagai niche UC Bestari.

Visi

Melahirkan siswa berimpak positif dalam kepimpinan bagi melahirkan graduan kompeten

Misi

Melaksanakan latihan pembangunan siswa dan menggalakkan penganjuran aktiviti bermanfaat melalui Badan Pelajar

Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program pembangunan kemahiran insaniah siswa

Peranan

  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan kepada pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Pelajar melalui Pilihan Raya Kampus dan AGM
  • Memberi khidmat nasihat dan latihan kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Pelajar dalam semua gerak kerja aktiviti
  • Menjadi perantara kepada warga kampus dan media massa melalui aktiviti HEPA
  • Membina hubungan dan kerjasama yang erat dengan wakil media
  •  Menyediakan dan menyebarkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu program kepada media massa

 

Pengenalan

Unit ini berhasrat untuk melahirkan siswa yang berpotensi selain daripada cemerlang dalam bidang akademik. Tumpuan kepada seluruh warga kampus untuk terlibat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, badan beruniform, aktiviti rekreasi dan lain-lain bagi melatih kemahiran diri, kepimpinan serta mewujudkan semangat kerjasama.

Visi
Memberi nilai tambah kepada siswa melalui perlaksanaan ko-kurikulum

Misi
Memberikan perkhidmatan dan menyediakan kursus ko-kurikulum yang bersesuaian dengan keadaan semasa siswa UC Bestari.

 

Peranan

  • Menawarkan kursus ko-kurikulum kepada siswa     Mengaturkanmesyuarat yang berkaitan bersama dengan penyelaras dan tenaga pengajar bagi memantau perjalanan kursus ko-kurikulum wajib bagi setiap semester
  •  Menguruskan pendaftaran, perjalanan kelas dan pemarkahan siswa yang mengambil kursus ko-kurikulum wajib pada setiap semester
  • Mencadangkan individu yang berkelayakan sebagai tenaga pengajar pada setiap semester

 

Pengenalan

Unit ini berperanan melahirkan siswa yang cemerlang dalam bidang sukan dan rekreasi dalam melahirkan budaya hidup sihat dan cergas.Unit ini juga bertanggungjawab menyelaras segala aktiviti kesukanan dan rekreasi.

Visi

Melahirkan siswa cergas dan bergiat aktif.                  

Misi

Menyediakan kemudahan dan latihan yang berterusan dalam kesukanan dan rekreasi

Peranan

  • Melahirkan lebih ramai penggiat dalam bidang sukan dan rekreasi.
  •  Menguruskan latihan berkala dalam pertandingan sukan dan rekreasi mengikut keperluan
  • Menyediakan keperluan peralatan sukan dan rekreasi kepada warga kampus UC Bestari

Pengenalan

Unit ini bermatlamat untuk melahirkan siswa yang bermotivasi tinggi, sahsiah yang baik serta dapat menghadapi dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Juga membantu siswa tentang peluang akademik dan kerjaya. Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal tatatertib.

Visi

Berhasrat melahirkan siswa sempurna kendiri dan beretika sejajar dengan hasrat UC Bestari

Misi

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan pendedahan kerjaya berasaskan keperluan semasa

Menguruskan hal ehwal tatatertib berlandaskan peraturan dan undang-undang UC Bestari

  • Menguruskan program persediaan bekerja kepada siswa tahun akhir
  • Menguruskan dan mengendalikan program orientasi bagi siswa baru
  • Menjalankan sesi kaunseling individu, kelompok dan bimbingan
  • Memberi pendedahan jaringan kerjaya berdasarkan keperluan semasa industri pekerjaan
  • Membimbing siswa ke arah sifar salah laku
  • Menguruskan prosedur pendakwaan salah laku
  • Menjadi ahli bagi Jawatankuasa Lembaga Tatatertib

Jawatankuasa Lembaga Tatatertib

Bil.

Jawatan

Jawatan Lantikan

1.

TNC HEPA

Pengerusi

2.

Ketua Unit Tatatertib

Setiausaha

3.

Pengarah HEPA

Ahli

4.

Dekan Fakulti dan Ekonomi Pengurusan

Ahli

5.

Dekan Fakulti Sains Sosial

Ahli

6.

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Ahli

7.

Penasihat Undang-undang

Ahli

 

Pengenalan

Unit ini berperanan mewujudkan warga kampus yang cenderung kepada aktiviti ilmiah dan kerohanian bagi membentuk siswa yang mempunyai sahsiah yang baik dan mempunyai ketahanan rohani dan jasmani yang tinggi. Unit ini juga menyelaras semua program bercorak keagamaan dan pengurusan Surau UCBestari.

Visi

Menjadikan pegangan agama sebagai tunjang untuk melahirkan siswa yang kompeten dan berakhlak mulia

Misi

Meningkatkan aktiviti keagamaan kepada siswa UC Bestari secara berterusan.

Peranan

  • Melaksanakan aktiviti sempena hari kebesaran Islam
  • Mempelbagaikan aktivi keagamaan
  • Menguruskan pentadbiran surau UC Bestari

 

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, dan melaksanakan aktiviti pengurusan dan pembangunan alumni UC Bestari berteraskan amalan kerja berkualiti.

Visi

Membentuk jaringan komunikasi dua hala yang berkesan antara alumni dan UC Bestari

Misi

Mengekalkan perhubungan yang berterusan antara alumni dan pihak UC Bestari.

Peranan

  • Menyediakan data bakal graduan sebagai rekod ahli alumni UC Bestari
  • Mewujudkan hubungan yang berterusan antara graduan dengan pihak UC Bestari
  • Menggalakkan perkongsian kemahiran bagi kemajuan dan perkembangan siswa melalui bengkel, syarahan dan lain-lain aktiviti.

Pengenalan

Unit Kebajikan Pelajar ditubuhkan adalah untuk menguruskan kebajikan pelajar yang lebih memberi tumpuan kepada Bantuan Kewangan, Bantuan Makan dan Minum, Kemudahan Penginapan dan Perkhidmatan Kesihatan. Pada masa kini, pengurusan Unit Kebajikan Pelajar UC Bestari sedia ada diuruskan secara bersama melalui Tabung Kebajikan (Pinjaman) pelajar, Tabung Kebajikan (Sumbangan/Kecemasan) pelajar, Bantuan Makan dan Minum pelajar, Perkhidmatan Kesihatan pelajar dan Insuran pelajar.

Visi

  • Memberikan perkhidmatan yang proaktif.
  • Jaminan dalam semua perkhidmatan yang diberikan.
  • Memastikan setiap aduan oleh siswa/i di selesaikan dengan segera.

 

Misi

  • Meningkatkan kompetensi siswa/i UC Bestari supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan.
  • Memperkukuhkan Unit Kebajikan dan Pelajar dengan nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang.
  • Meningkatkan sistem perkhidmatan yang berkualiti.
  • Memberi perkhidmatan yang cepat dan berkualiti.
  • Mengekalkan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Siswa/i dilayan seperti ahli keluarga.

Peranan

  • Memberi pinjaman kepada pelajar yang menghadapi kesusahan dan kesulitan kewangan.
  • Membantu siswa/i yang mengalami kemalangan atau tercedera atau memberi bantuan kewangan kepada waris siswa/i jika berlaku kematian sepanjang tempoh pengajian.
  • Menguruskan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke klinik atau Hospital Kerajaan
  • Menguruskan bantuan makan siswa/i secara berkupon bagi pelajar semua siswa/i bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UC Bestari.
  • Menguruskan skim insuran berkelompok bagi semua siswa/i sepanjang tempoh pengajian.

Pengenalan

Unit ini berperanan melahirkan siswa yang berkebolehan dan cemerlang dalam semua bidang khususnya budaya. Unit ini juga bertanggungjawab menyelaras dalam semua aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Visi

Melahirkan siswa yang berkebolehan dalam mencapai apresiasi budaya

Misi

Menyediakan kemudahan dan latihan yang berterusan dalam aktiviti kebudayaan.

Peranan

  • Melahirkan lebih ramai penggiat dalam bidang seni dan budaya
  • Menguruskan latihan berkala dan pertandingan seni budaya mengikut keperluan
  • Menyediakan keperluan peralatan seni budaya kepada warga kampus UC Bestari.