Cokmar

Cokmar

Info

Cokmar diperlihatkan dalam Istiadat Majlis Konvokesyen Ketiga  UCB sebaai lambang penganugerahan ijazah yang disampaikan oleh Canselor University College Bestari. Cokmar seberat 10kg, panjangnya 150cm dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu, Obor, Batil dan Turus

Bahagian Obor

Bentuk Obor melambangkan peranan universiti sebagai pendukung ilmu pengetahuan. Peranan ini berlandaskan kepada Rukun Iman yang digambarkan oleh enam kelopak Bunga Raya dan menjadi teras perkembangan ilmu dan sahsiah insan.

Bahagian Batil

Bentuk batil melambangkan tempat kandungan ilmu pengetahuan. Lencana universiti yang diukir di atas batil melambangkan peranan universiti dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan sahsiah diri. Lima kelopak Bungan Raya melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras kepada pembangunan dan perkembangan ilmu di universiti. Jaluran corak bunga pada batil melambangkan penggemblengan kerjasama pengurusan, fakulti dan warga universiti dalam usaha untuk mencapai visi dan misi yang telah digariskan.

Bahagian Turus

Bahagian turus merupakan bahagian hulu cokmar yang melambangkan tongkat kuasa. Turus mengandungi tiga bahagian yang melambangkan tiga fungsi utama universiti iaitu menyampaikan pengajaran, menjalankan penyelidikan dan menyediakan perkhidmatan professional kepada masyarakat.  Ukiran corak di atas setiap bahagian turus melambangkan ketinggian peranan fungsi bagi setiap bahagain. Akar turus berwarna emas melambangkan tunjang penubuhan universiti yang akan terus memartabatkan ketinggian ilmu pengetahuan.