+6019 4101 400

Program Outreach bersama Kaunselor – 11 Januari 2022

Satu program kaunselor bersama pelanggan telah diadakan pada 11 – 12 Januari 2022 bertempat di Dewan Terbuka, University College Bestari.
Program yang telah berlangsung ini bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti Ujian Psikologi, Sudut Art Therapy dan Permainan Uji Minda.


Outreach Bersama Kaunselor yang julung kali diadakan kepada mahasiswa dan mahasiswi UCB telah mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 128 orang pelajar.


Objektif program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan kaunseling yang disediakan di Unit Kaunseling UCB, memberi pendedahan tentang penggunaan ujian psikologi dan menarik minat pelajar tentang penggunaan art therapy dan teknik lain dalam bidang kaunseling.