Fakulti Digital dan Teknologi
Ringkasan Fakulti
Fakulti Digital Dan Teknologi (FDT) ditubuhkan seiring dengan penarafan Kolej Universiti pada tahun 2012 yang dahulunya sebagai Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Fakulti Digital Dan Teknologi (FDT) ialah salah satu cabang akademik bagi Kolej Universiti Bestari (UCB) yang menyediakan asas pendidikan dalam bidang pengkomputeran seterusnya melahirkan graduan yang memiliki pemahaman mengenai seni bina perkakasan, sistem perisian serta proses reka bentuk sistem dan juga memiliki pengetahuan luas mengenai teknologi semasa untuk menangani perkembangan mendatang. Selain menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Information Technology (IT) dan pengurusan, ia juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan interaksi dalam menyediakan mereka untuk menjadi seorang pakar dalam bidang pengkomputeran. Semua program pengajian di peringkat sarjana muda yang ditawarkan disesuaikan dengan standard Association for Computing Machinery (ACM).
Fakulti Digital Dan Teknologi (FDT) diterajui oleh seorang timbalan dekan dan dibantu oleh ketua program. Fakulti ini mempunyai pensyarah yang berkaliber tinggi dan berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu sains komputer, teknologi maklumat, multimedia dan matematik.
Bertepatan dengan falsafah pendidikan universiti, fakulti sentiasa memastikan kuantiti dan kualiti bidang yang ditawarkan adalah untuk memenuhi permintaan pasaran kerja semasa. Kini, Fakulti ini menawarkan program pengajian di peringkat asasi, diploma dan sarjana muda.
Visi
Bertekad untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang menerajui bidang pengkomputeran sejajar dengan visi dan misi UCB.
Misi
Memperkayakan ilmu melalui pendidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang inovatif kreatif dan berintegriti, dalam menerajui pelbagai bidang pengkomputeran.
Misi
Memperkayakan ilmu melalui pendidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang inovatif kreatif dan berintegriti, dalam menerajui pelbagai bidang pengkomputeran.