September 2022
30 Ogos 2022, Selasa – Sukan Merdeka UCB
Warna Warni Sukan Merdeka UCB 2022Program Sukan Merdeka UCB 2022 diadakan pada 30 Ogos 2022 di Padang UCB bermula jam 8:30 pagi.Pelbagai acara dipertandingkan antaranya Tarik Tali, Tendang Bola Penalti, Shoot Bola Jaring, Bowling Kelapa, Kembarku, Lontaran Kasih dan Isi Air Dalam Botol. Peserta untuk setiap pertandingan adalah melibatkan pelajar dan kakitangan UCB.
24 & 25 OGOS 2022 – Program DEC Fun Day 2.0, Mahasiswa Mapan, Membina Komuniti Bestari
“Mahasiswa mapan, membina komuniti bestari” menjadi tema program Dec Fun Day 2.0 kali ini.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang dua hari berturut-turut pada 24 dan 25 Ogos 2022.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan adik-adik daripada Tadika Ummu Falah yang sudi datang dan menceriakan program Dec Fun Day 2.0.