+6019 4101 400

Alumni

Alumni

Anda adalah permata yang berharga walaupun sudah bergraduat. Sebenarnya kami sangat menghargai anda kerana sudi menimba ilmu dan pengalaman anda di UC Bestari. Terima kasih.

Dato' Wan Mohd Muzri bin Hj. Ramli

Pengurus Syarikat Division Network Enterprise.
Merupakan antara alumni UC Bestari sesi 1999/00 yang berjaya dalam bidang perniagaan melalui dunia penulisan. Syabas dan Tahniah kepada Dato Muzri (DM).

Muhammad Amirul Aiman Mustaffa

“Dengan keputusan SPM 3 Tahun yang lalu, walaupun Amirul mendapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, namun kami tetap memilih untuk menghantar Amirul ke Kolej Universiti Bestari – UC Bestari, Terengganu. Pilihan kami tidak silap kerana di sini lah Amirul menimba pengalaman dalam akademik dan juga ilmu agama.

Amirul anak yang baik dan kami yakin beliau akan berjaya di sana. Sebaik sahaja menamatkan pengajian pada Disember 2019 yang lalu, Amirul ditawarkan pekerjaan sebagai chef salah sebuah restoran di Kajang, tetapi kini beliau nekad menyambung pengajian. Sekarang Amirul berada di UiTM dalam pengajian Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari. Ternyata pilihan kami tepat, akademik dan juga agama selari dalam perancangan.” ”Kami bangga dengan kejayaan Muhammad Amirul Aiman Mustaffa.
Terima kasih University College Bestari.. “
-Puan Zaiton binti Yaacob, Kajang, Selangor

Muhammad Amirul Aiman Mustaffa

“Dengan keputusan SPM 3 Tahun yang lalu, walaupun Amirul mendapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, namun kami tetap memilih untuk menghantar Amirul ke Kolej Universiti Bestari, Terengganu. Pilihan kami tidak silap kerana di sini lah Amirul menimba pengalaman dalam akademik dan juga ilmu agama. Amirul anak yang baik dan kami yakin beliau akan berjaya di sana. Sebaik sahaja menamatkan pengajian pada Disember 2019 yang lalu, Amirul ditawarkan pekerjaan sebagai chef salah sebuah restoran di Kajang, tetapi kini beliau nekad menyambung pengajian. Sekarang Amirul berada di UiTM dalam pengajian Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari. Teryata pilihan kami tepat, akademik dan juga agama selari dalam perancangan.”
”Kami bangga dengan kejayaan Muhammad Amirul Aiman Mustaffa.
Terima kasih University College Bestari.. “
-Puan Zaiton binti Yaacob, Kajang, Selangor

Amirul Zakhwan bin Roslan

“Saya bertekad memilih Diploma Kejururawatan, walaupun mendapat tawaran kursus lain di IPTA kerana berpendapat bidang kejururawatan ini mempunyai peluang kerja yang baik. UC Bestari pilihan saya kerana saya inginkan suasana pembelajaran yang jauh dari bandar.

 Saya juga ada membuat kajian berkenaan yuran pengajian kursus kejururawatan di tempat-tempat lain, dan saya dapati di UCBestari adalah paling murah. Saya juga telah diberitahu oleh rakan-rakan berkenaan bayaran yuran yang fleksibel, sehingga RM50 pun, diterima sewaktu bayaran yuran untuk golongan anak yatim dan kurang mampu.
Sepanjang pengajian, saya berasa sangat beruntung diajar oleh pensyarah dan instruktor klinikal yang sangat penyayang dan menganggap kami macam anak-anak mereka. Kami diajar sampai kami faham, walaupun masa belajar telah habis.”
Alhamdulillah syukur, kerana selepas seminggu tamat belajar, saya terus ditawarkan pekerjaan.
-Amirul Zakhwan Roslan-
Alumni Diploma Sains Kejururawatan

Hanim binti Zainuddin

Hanim binti Zainuddin, jauh dari Sik, Kedah merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak batch pertama, Kolej Universiti Bestari  – UC Bestari Setiu Terengganu.
Tahniah!! Telah mendapat pekerjaan yang dicita-citakan sebagai guru tadika di ‘Tadika Graduan Bistari’ di Sungai Petani, Kedah. Memulakan tugas pada November 2020,

 sebaik sahaja menamatkan pengajian.
‘Kejayaan itu tercipta hasil dari kegagalan. Jangan kamu kecewa jika gagal kerana kegagalan itu adalah permulaan untuk menempuh kejayaan.’
-Hanim binti Zainuddin-

Hanim binti Zainuddin

Hanim binti Zainuddin, jauh dari Sik, Kedah merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak batch pertama, Kolej Universiti Bestari, Setiu Terengganu.
Tahniah!! Telah mendapat pekerjaan yang dicita-citakan sebagai guru tadika di ‘Tadika Graduan Bistari’ di Sungai Petani, Kedah. Memulakan tugas pada November 2020, sebaik sahaja menamatkan pengajian.
‘Kejayaan itu tercipta hasil dari kegagalan. Jangan kamu kecewa jika gagal kerana kegagalan itu adalah permulaan untuk menempuh kejayaan.’
-Hanim binti Zainuddin-

Mohamad Khairul Zaim bin Mohd Kechik

“Fahami apa itu ilmu, untuk kelestarian hari esok. Dan sentiasalah hiasi diri dengan amalan agama kerana sesiapa yang mengutamakan Allah SWT dalam hidupnya pasti akan berjaya di dunia & akhirat. Bila dah tamat pengajian, rebutlah peluang dengan apa yang ada untuk tunjukkan yg kita pun mampu berjaya seperti insan yg lain.”
-Mohamad Khairul Zaim bin Mohd Kechik.

Mohamad Khairul Zaim merupakan Eksekutif Pentadbiran (Jawatan tetap) yang bertugas menguruskan projek dalam pembekalan bahan kimia bagi Industri Petronas, Petron, TNB, Dan Industri Air (Malaysia) bermula dari Jun 2020 sehingga sekarang.

Beliau merupakan alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kolej Universiti Bestari – UC Bestari Bermula dengan mengikuti pengajian Asasi Pengurusan selama 1 tahun, kemudian terus menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).
Mohamad Khairul Zaim telah menamatkan pengajian pada Disember 2020 dengan memperolehi kepujian kelas pertama serta telah mendapat pengecualian bayaran PTPTN sepenuhnya.

Sepanjang di UC Bestari, Mohamad Khairul Zaim, seorang yang sentiasa aktif dalam persatuan, menyertai pertandingan pidato, pengucapan awam, karnival bahasa dan pelbagai program.Beliau turut terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MPP)sidang 2017/18 sebagai Penolong setiausaha serta Exco Hal Ehwal Agama MPP bagi sidang 18/19.

Mohd Yushamizi bin Zailan

Siapa kata belajar di IPTS susah nak dapat kerja!!
Sebaik tamat pengajian dalam Diploma Pengajian Perniagaan pada tahun 2015 di UC Bestari saya telah menerima panggilan temuduga serta berjaya diterima bekerja di di Bank Simpanan Nasional pada tahun yang sama.
– Mohd Yushamizi bin Zailan,

Sedang berkhidmat di Bank Simpanan Nasional sebagai Pegawai Pembayaran, Jabatan Operasi Kredit, BSN Cawangan Utama K.Terenganu. Pengambilan Diploma Pengajian Perniagaan sedang dibuka untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, dengan syarat kemasukan minimum 3 kepujian. Pelajar SPM 2020 juga telah boleh memohon menggunakan keputusan percubaan.

Mohd Yushamizi bin Zailan

Siapa kata belajar di IPTS susah nak dapat kerja!!
Sebaik tamat pengajian dalam Diploma Pengajian Perniagaan pada tahun 2015 di Kolej Universiti Bestari, saya telah menerima panggilan temuduga serta berjaya diterima bekerja di di Bank Simpanan Nasional pada tahun yang sama.
– Mohd Yushamizi bin Zailan,
Sedang berkhidmat di Bank Simpanan Nasional sebagai Pegawai Pembayaran, Jabatan Operasi Kredit, BSN Cawangan Utama K.Terenganu.
Pengambilan Diploma Pengajian Perniagaan sedang dibuka untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, dengan syarat kemasukan minimum 3 kepujian. Pelajar SPM 2020 juga telah boleh memohon menggunakan keputusan percubaan.

Ain Fatihah Isa

Tahniah Ain!! Dah dapat kerja yang Ain cita-citakan..
Nur Ain Fatihah binti Mohd Isa, berasal dari Kelulut, Marang, merupakan batch pertama Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Universiti Bestari – UC Bestari. Alhamdullillah, tamat pengajian pada November 2020, terus diterima bekerja di Tadika Genius Khaliph Kuala Ibai sebagai Guru Taska.
Hebat Graduan UC Bestari..!!


‘Dengan kanak-kanak dapat mengajar saya erti mendidik.. Bukan senang nak mendidik, jiwa dan hati kena kuat dan sabar untuk melayani karenah kanak2’
#Ain love kiddos#
-Ain Fatihah Isa-

Nurfatin Amalina

The strongest factor in success is self-esteem: ‘Believing you can do it, believing you deserve it, and believing you’ll get it
-FATEN-
Alumni Fakulti Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan. Pramugari, Saudi Arabian Airlines.

Nurfatin Amalina

The strongest factor in success is self-esteem: ‘Believing you can do it, believing you deserve it, and believing you’ll get it
-FATEN-
Alumni Fakulti Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan.
Pramugari, Saudi Arabian Airlines.

Syed Arif Safwan bin Syed Ibrahim

“Di Kolej Universiti Bestari (UCBestari), SAYA BOLEH BERGIAT AKTIF dalam pelbagai aktiviti sukan, kemasyarakatan dan sebagainya. Suasana ‘Life Campus’ di sini menjadikan UCBestari berbeza dengan kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang lain, menjadikan kenangan sepanjang belajar di sana sungguh istimewa, yang sukar untuk saya lupakan. Terima kasih UCBestari, kerana di sini saya telah membina karakter diri sebagai persediaan menjadi yang terbaik dalam pasaran kerja.”
SYED ARIF SAFWAN BIN SYED IBRAHIM
(PENYELARAS SUMBER MANUSIA di ROYALE CHULAN CHERATING, KUANTAN)


Merupakan bekas pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, dan bergraduat pada tahun 2018. Beliau merupakan pelajar yang sangat aktif sewaktu di kampus.
Motto :
1. Yesterday was a pain , but today is how you wake up to get your strength tomorrow .
2. No Need Perfection, Just Need Action.
3. Keep Pray and Doa, Trust and Be Yourself.
“Sewaktu di kolej, saya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya :
1. Melibatkan diri dalam sukan (Bola Sepak, Futsal, Badminton, Ping-Pong, Petanque) dalam sukan kolej pada setiap tahun (2014-2018).
Saya juga merasa amat rasa bertuah apabila saya terpilih untuk mewakili sukan MASISWA pada tahun 2016 dalam acara Futsal di Negeri Pahang.
2. Pada tahun 2014, saya berpeluang untuk mengikuti program kebajikan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Dabong, Kelantan. Best sebab dapat tolong orang, sambil-sambil boleh kenal pelajar lain.
3. Pada tahun 2015, saya telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Yang Dipertua Kelab Sukan.
4. Pada tahun 2015, saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majilis Program Maulidur Rasul. Ini adalah pertama kali bagi saya untuk menjadi pengerusi majlis. Seterusnya saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi majlis makan malam untuk BBA Batch 2013. Ilmu yang saya boleh kutip dari situ adalah ‘yakin pada diri’
5. Pada Tahun 2016, saya diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Yang Dipertua Persatuan BBA. Terima kasih atas kepercayaan ini.
6. Pada tahun 2017 pula, saya menerima Anugerah Ikon Akademik untuk Ijazah Sarjana Muda. Tak pernah menduga dan tidak pernah menaruh harapan. Alhamdulillah berkat doa ibubapa dan pensyarah yang mendidik saya.. “