+6019 4101 400

APEL

APEL

Pengenalan

Bermula 2011, Kementerian Pengajian Tinggi telah membenarkan kemasukan melalui APEL sebagai salah satu syarat kelayakan kemasukan ke semua institusi pengajian tinggi. MQA merupakan satu badan yang mengawal standard dan kualiti pelaksanaan APEL. Penubuhan bahagian APEL di UCB adalah untuk menyelaraskan aktiviti kemasukan pelajar berasaskan pengalaman terdahulu.

Fungsi

Menyelaraskan permohonan dan penilaian APEL.
Memberi maklum balas dan bimbingan berkenaan proses permohonan, pensijilan dan kemasukan berdasarkan APEL.
Membimbing calon dalam proses permohonan penilaian APEL.

Visi

Pejabat Pendaftar merupakan pusat pengurusan pentadbiran di UCB yang memainkan peranan penting dalam menguruskan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran Universiti College. Selain itu, Pejabat Pendaftar juga selalu bersedia dan mem berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang memerlukan khidmat UCB.

Objektif

Menyokong hasrat negara untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai salah satu komponen dalam pembangunan sumber manusia di Malaysia.
Memastikan proses penilaian APEL berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.

Kenapa APEL

APEL ditubuhkan untuk menyediakan kemasukan alternatif kepada mereka yang mempunyai pendidikan kurang formal yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. APEL menggalakkan individu untuk meningkatkan pengetahuan mereka secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan rasmi. Ini seterusnya akan memberikan peluang yang lebih baik dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.

APEL memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik formal untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan formal dan pengalaman bekerja akan dinilai dalam penilaian APEL.

APEL.A

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.

Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk TIGA tahap kemasukan iaitu:

  • Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4)
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

SYARAT KEMASUKAN APEL

Program peringkat Diploma (APEL T-4)

Bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program peringkat Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

Bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

Program peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.

Yuran Penilaian APEL

Bil Tahap Jumpah
1 Diploma (APEL T-4) RM 155.00
2 Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) RM 250.00
3 Ijazah Sarjana (APEL T-7) RM 370.00

Permohonan APEL

Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/. Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik selepas mendaftar pada Portal APEL (A) MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan di dalam e-mel tersebut.