Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pengajian Islam
Ringkasan Fakulti
Fakulti Pengajian Islam (FPI) adalah salah sebuah fakulti di UCB di samping tiga fakulti lain iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Fakulti Teknologi Maklumat Dan Sains Komputer, dan Fakulti Sains Sosial. Penubuhan fakulti ini merupakan kesinambungan visi dan perjuangan Pengerusi Eksekutif, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan segolongan cendekiawan yang bertujuan sebagai rujukan anak bangsa khasnya yang berada luar Bandar. Fakulti ini menyediakan 5 program iaitu Asasi Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Usuludin (Dakwah), Ijazah Sarjana Muda Syariah, Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan dan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pengurusan. Melalui pembelajaran di FPI, diharapkan dapat menyediakan tenaga kerja terlatih dalam bidang profesional dalam bidang yang ditawarkan dan pembangunan komuniti yang mampu dikembangkan di peringkat nasional serta global.
Visi
Fakulti pengajian Islam (FPI) bertekad menjadi fakulti peneraju dalam pengajian dan pengurusan Islam berkualiti, terkini dan praktis bagi membentuk graduan yang unggul, beriman, bertakwa, berakhlak, kompetitif dan tafaqquh fi al-din bagi memenuhi keperluan Negara.
Misi
Menjadi fakulti rujukan utama dalam bidang pengajian Islam, syariah dan usuludin (dakwah) disamping bidang pengurusan perniagaan, kewangan, ekonomi, teknologi maklumat dan kaunseling yang profesional, dan berdaya saing dengan menggunakan teknologi terkini yang menepati keperluan pihak yang berkepentingan serta relevan dengan keperluan masyarakat dengan memperkasakan dalam bidang bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat.

Objektif
1. Melahirkan siswazah yang professional dalam bidang pengajian Islam dan pengurusan serta mampu memberi sumbangan positif kearah memenuhi keperluan global dan meningkatkan kualiti dan nilai-nilai murni dalam hidup bagi pembangunan diri, keluarga dan Negara.
2. Memperkayakan ilmu melalui penyelidikan, teknologi terkini dan inovatif dalam bidang pengajian Islam dan pengurusan.
3. Untuk melahirkan siswazah dan graduan berkaliber dan berpotensi untuk memberi sumbangan yang besar dalam bidang pengajian Islam dan pengurusan.