Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan

Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan

Ringkasan Fakulti

           Bermula pada tahun 2007 dengan penawaran dua program kerjasama di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Kolej Teknologi Bestari (KTB) iaitu program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pengurusan Hotel. Pada ketika itu, kedua-dua program ini berada di bawah Jabatan Ekonomi dan Pengurusan (JEP). Penawaran program ini di KTB adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai syarat kelayakan akademik yang sama dengan UiTM, namun mereka tidak berpeluang untuk menyambung pengajian di institusi terbabit. Beberapa kemudahan telah dibangunkan di UCB seperti restoran, dapur latihan dan bilik tamu bagi memenuhi keperluan kursus selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM.

        Pada tahun 2012, KTB telah dinaiktaraf sebagai kolej universiti dan diberi nama baru sebagai University College Bestari (UCB). Lonjakan daripada perkembangan ini, UCB telah membangunkan beberapa program milik sendiri. Antara dua program terawal yang dibangunkan ialah Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pengurusan Hotel yang mana dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan dan Hospitaliti (JPH). Ianya merupakan sebuah jabatan yang berada di bawah pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Selepas itu, UCB terus mengorak langkah dengan menawarkan program ketiga dalam JPH iaitu Diploma Seni Kulinari.

          Apabila jabatan ini dilihat semakin berkembang serta berlaku peningkatan dari segi jumlah bilangan pelajar dan kakitangan, UCB merasakan jabatan ini berpotensi untuk lebih berkembang pada masa akan datang dengan berdiri sendiri sebagai sebuah fakulti. Pada Januari 2018, Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan (FPHP) secara rasminya telah ditubuhkan di UCB.

         Sehingga kini, terdapat tiga program yang ditawarkan di bawah FPHP iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan (DPL), Diploma Pengurusan Hotel (DHM) dan Diploma Seni Kulinari (DCA). Ramai graduan yang telah dilahirkan oleh FPHP dan graduan-graduan ini telah berjaya menceburi pelbagai bidang pekerjaan khususnya dalam industri pelancongan dan perhotelan di Malaysia serta luar negara.

Visi

Menjadi pusat pengembangan ilmu pilihan utama dalam bidang industri hospitaliti dan pelancongan.

Misi

1. Menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang hospitaliti dan pelancongan secara efektif dan inovatif.

2. Mentransformasikan pelajar kepada modal insan yang berkualiti dan kompetitif dalam industri hospitaliti dan pelancongan.

3. Mewujudkan hubungan industri dengan mana-mana syarikat, IPTA, IPTS dan lain-lain dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

4. Bekerjasama dalam penglibatan aktiviti sosial dan korporat dengan masyarakat setempat.

Misi

1. Menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang hospitaliti dan pelancongan secara efektif dan inovatif.

2. Mentransformasikan pelajar kepada modal insan yang berkualiti dan kompetitif dalam industri hospitaliti dan pelancongan.

3. Mewujudkan hubungan industri dengan mana-mana syarikat, IPTA, IPTS dan lain-lain dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

4. Bekerjasama dalam penglibatan aktiviti sosial dan korporat dengan masyarakat setempat.

Galeri

Galeri gambar kemudahan dapur dan hospitaliti yang disediakan untuk proses pembelajaran dan pengajaran pelajar.

Program Pengajian Fakulti

@FPHPUCBestari

Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan UCB