Home » “Career Talk” bersama RHB Bank

“Career Talk” bersama RHB Bank

Satu program “Career Talk” kerjasama antara RHB Bank dan University College Bestari telah dianjurkan secara online melalui aplikasi Google Meet. Puan Puteri Nur Ameerah merupakan penceramah dari RHB Bank. Beliau merupakan ketua bahagian kumpulan Sumber Manusia, RHB bank. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang menghasilkan resume yang betul dan memberi maklumat kerjaya kepada pelajar terutamanya dalam situasi wabak pandemik Covid-19.