Bestari Practice Enterprise Centre (BestPEC)
Bestari Practice Enterprise Centre (BestPEC)
Pembangunan Usahawan | Pengajian Bahasa | Pengajian Umum
Pengenalan
Bestari Practice Enterprise Center (BestPEC) ialah pusat simulasi perniagaan yang terdapat di Bahagian Pembangunan Usahawan UCBestari hasil cetusan idea Prof. Madya Abdul Razak Salleh bagi memenuhi cita-cita Pengerusi LPU, Prof Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud bin Mansor untuk latihan menyeluruh program keusahawanan yang berteraskan konsep learning by doing.

BestPEC memberi lebih tumpuan kepada latihan praktikal dari teori melalui aktiviti Syarikat Latihan (Practice Enterprise, PE) dengan menggunakan kaedah PRIME iaitu:
- Practical (Praktikal)
- Realistic (Realistik)
- Inspiring (Berinspirasi)
- Meaningful (Bermakna) dan
- Engaging (Menarik)
Bagaimana BestPEC berfungsi?
BestPEC berfungsi dengan mengadaptasi suasana dan gerak kerja seperti sebuah syarikat yang sebenar di mana para peserta akan terlibat di dalam proses pengurusan dan pengendalian aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka.
Para peserta akan diuji dengan kemahiran-kemahiran interpersonal seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berunding dan lain-lain dalam mencapai matlamat utama penubuhan syarikat mereka. Para peserta juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan 7,800 syarikat-syarikat latihan dari 44 negara di seluruh dunia melalui Rangkaian Antarabangsa Europen-PEN (Europen-PEN International Network).Oleh itu, BestPEC merupakan satu platform yang fleksibel di mana kaedah pengendalian simulasi berdasarkan kepada objektif yang ingin dicapai.

Siapakah sasaran peserta BestPEC?
Penyertaan BestPEC terbuka kepada semua pelajar UCBestari, pelajar sekolah menengah, syarikat dan organisasi serta orang

Hubungi kami.
Bestari Practice Enterprise Centre (BestPEC)
University College Bestari,
Putera Jaya,
22100 Permaisuri,
Setiu, Terengganu, Malaysia.
[email protected]
+609-6097101/104 Ext: 1119
University College Bestari,
Putera Jaya,
22100 Permaisuri,
Setiu, Terengganu, Malaysia.
[email protected]
+609-6097101/104 Ext: 1119