Bahagian Pembangunan Usahawan & Pengajian Bahasa
Bahagian Pembangunan Usahawan & Pengajian Bahasa
Pembangunan Usahawan | Pengajian Bahasa | Pengajian Umum
Jabatan Pengajian Bahasa (JPB) ditubuhkan pada awal tahun 2016 merupakan jabatan yang bernaung di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BPUPB). JPB memainkan peranan penting dalam mengendalikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bidang pengajaran bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin). Fungsi JPB di University College Bestari (UCB) adalah sebagai sebuah pusat sokongan atau pelengkap untuk program-program di UCB melalui penawaran kursus wajib dan elektif yang diambil oleh setiap mahasiswa di University College Bestari (UCB) mengikut syarat yang ditetapkan serta mengikut struktur dan piawaian Malaysian Qualifications Agency (MQA). JPB juga bertanggungjawab dalam menguruskan proses penyuntingan dan penterjemahan sesuatu dokumen sama ada peringkat dalaman atau luaran, memberikan tumpuan kepada penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing dari aspek kemahiran tatabahasa, linguistik dan kemahiran berbahasa terutamanya kepada mahasiswa UCB serta menganjurkan kursus-kursus kecekapan berbahasa jangka pendek dalam kalangan kakitangan UCB.
Visi
Menjadi satu bahagian yang cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bahasa pada peringkat global.
Misi
Menyedia dan menawarkan kursus-kursus pengajian bahasa yang terkini dan berkualiti di samping menyumbangkan kepakaran bahasa kepada semua golongan terutamanya mahasiswa.
Misi
Menyedia dan menawarkan kursus-kursus pengajian bahasa yang terkini dan berkualiti di samping menyumbangkan kepakaran bahasa kepada semua golongan terutamanya mahasiswa.
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Asing