+6019 4101 400

ahmad

24 & 25 OGOS 2022 – Program DEC Fun Day 2.0, Mahasiswa Mapan, Membina Komuniti Bestari

“Mahasiswa mapan, membina komuniti bestari” menjadi tema program Dec Fun Day 2.0 kali ini.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang dua hari berturut-turut pada 24 dan 25 Ogos 2022.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan adik-adik daripada Tadika Ummu Falah yang sudi datang dan menceriakan program Dec Fun Day 2.0.

24 & 25 OGOS 2022 – Program DEC Fun Day 2.0, Mahasiswa Mapan, Membina Komuniti Bestari Read More »

21 Ogos 2022, Ahad – Program Biacara Merdeka 2022, Generasi Pewaris Bangsa.

Program yang berlangsung pada 21 Ogos 2022 telah diadakan di Dewan Teater, University College Bestari (UCB). Penceramah yang dijemput untuk berkongsi mengenai tajuk “Generasi Pewaris Bangsa” adalah dari Kem Wawasan Negara Besut, Terengganu. Beliau adalah Yang Berusaha Encik Khairuddin Bin Mohammad. Program ini amat bagus untuk membangkitkan dan memupuk semangat patriotik di kalangan belia Malaysia

21 Ogos 2022, Ahad – Program Biacara Merdeka 2022, Generasi Pewaris Bangsa. Read More »

17 Ogos 2022, Rabu – Program Memasak Bubur Asyura Bersama Staf dan Pelajar di UCB.

Kemeriahan program memasak Bubur Asyura bersama staf dan pelajar UCB serta agihan Bubur Asyura kepada orang ramai. Terima kasih terutamanya buat anggota polis trafik yang menjaga keselamatan lalu lintas dan juga terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama Kelab Kakitangan UCB

17 Ogos 2022, Rabu – Program Memasak Bubur Asyura Bersama Staf dan Pelajar di UCB. Read More »

4 Ogos 2022, Khamis – Program Lawatan Pelajar Lepasan SPM & STPM 2021 dari sekolah di sekitar Tumpat dan Pasir Mas, Kelantan ke UCB.

Program yang berlangsung 2 hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar seramai 121 orang berkenaan mengenai program yang ditawarkan di UCB. Pelajar juga dapat mengalami sendiri pengalaman berada di kampus UCB. Program ini adalah kerjasama antara UCB, PAYATIM & JPN Kelantan.

4 Ogos 2022, Khamis – Program Lawatan Pelajar Lepasan SPM & STPM 2021 dari sekolah di sekitar Tumpat dan Pasir Mas, Kelantan ke UCB. Read More »