18 Mac 2023, Sabtu – Program Family Day FPHP UCB 2023

Program Family Day FPHP UCB 2023 Berjaya Menjalin Silaturahim di Kampung Mangkuk, Setiu

Kampung Mangkuk, Setiu – Program Family Day Fakulti Pengurusan, Hospitaliti dan Pelancongan (FPHP) UCB 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah bersama-sama para pelajar Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Pelancongan serta pensyarah FPHP. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara para pelajar dengan pensyarah, sekaligus membina kesedaran dalam mencintai alam sekitar dan bergotong-royong membersihkan kawasan program.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada peserta untuk bergembira dan berseronok bersama-sama. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik dan chicken dance, bola beracun, boling padang, sarung kain pelikat, bola sepak lelaki dan sepak bola perempuan. Program ini telah berjaya membawa keceriaan dan kegembiraan kepada semua peserta.

Program Family Day FPHP UCB 2023 berakhir pada pukul 5.30 petang dengan perasaan kegembiraan dan kesyukuran atas kejayaan program yang berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam mewujudkan program yang bermakna ini, dan semoga kita dapat bertemu lagi di program-program yang akan datang.