Hospital Pakar Al-Islam Kuala Lumpur menawarkan tawaran pekerjaan kepada 8 orang pelajar tahun akhir dengan tajaan penuh yuran pengajian dan sara diri RM750 sebulan. Ini setelah MOU ditandatangani antara Pengarah Hospital, Dr. Ishak bin Mas’ud dan Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin. 9 pelajar tahun 2 juga sedang menunggu keputusan tawaran yang sama.