Home » Majlis Menandatangani MoU antara UCB dan MARDI

Majlis Menandatangani MoU antara UCB dan MARDI

Pada 28 Oktober 2021 UCB telah menandatangani satu perjanjian persefahaman dengan pihak MARDI untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Bioteknologi UCB di kampus UCB, Setiu. MoU ini telah ditandatangi oleh Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin dengan Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Zabawi bin Abdul Ghani
dan disaksikan oleh Ybhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha(Pembangunan) Kementerian Pertanian & Industri Makanan serta YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti, UCB.
Majlis juga turut dihadiri oleh Pengasas OTAI Group, Dr. KH Sifu Khalifah Suhaimi bin Haji Abas serta rombongan.
Dalam majlis yang diadakan itu, rombongan telah dibawa melawat ke tapak Pusat Penyelidikan Bioteknologi UCB di kampus Setiu.