+6019 4101 400

Program Pendaftaran Kemasukan Pelajar Ke Kampus UCB

Bermula Oktober 2021, pelajar IPT telah dibenarkan masuk ke kampus melalui kategori yang telah ditetapkan. University College Bestari telah melangsungkan Program Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Kampus Secara berperingkat iaitu pada 20 Oktober 2021 dan 27 Oktober 2021. Seramai 45 orang pelajar dari pelbagai program telah mendaftar masuk ke kampus. Semasa pendaftaran, pelajar perlu mematuhi Prosedur Standard (SOP), manjalani Ujian Saringan COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri di UCB selama 10 hari.