+6019 4101 400

18 Jun 2022, Sabtu – Program Voluntourism Eko Pelancongan di Kampung Mangkok, Setiu anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Negeri Terengganu dengan kerjasama Ecoswed Initiative, Setiu Wetland.

Hari ini berlansungnya Program Voluntourism Eko Pelancongan di Kampung Mangkok, Setiu anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Negeri Terengganu dengan kerjasama Ecoswed Initiative, Setiu Wetland.

Program ini dimeriahkan dengan penglibatan para pelajar dan pensyarah pengiring daripada Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan UC Bestari serta Politeknik Hulu Terengganu.

Antara pengisian program ini ialah aktiviti membersih kawasan Wetland School of Setiu, menaiki bot menyelusuri sungai Setiu, mencari kepah dan membersih kawasan pantai Kampung Mangkok.

Semoga program ini akan memberi seribu pengalaman berharga serta manfaat kepada semua peserta.

Terima kasih kepada pihak penganjur program serta kepada semua pihak yang terlibat

*Nota ringkas*

Voluntourism adalah kombinasi perkataan Volunteer dan Tourism yang membawa maksud khidmat sukarelawan bagi industri pelancongan.