+6019 4101 400

14 Mac 2023, Selasa – Pertemuan Wakil dari UCB dengan jawatankuasa Penyelaras Zon Selatan yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar(PKAYIM), Muar, Johor.

Wakil UCB berjaya menjayakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penyelaras Zon Selatan yang berlangsung di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM), Muar, Johor. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil Asrama Gabungan PEYATIM dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. UCB memberikan taklimat mengenai pendidikan selepas SPM untuk anak-anak yatim. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah wakil YAWATIM, Bendahari Agong PEYATIM, SU Kerja PEYATIM dan pegawai Akaun PEYATIM. Program ini berjaya dijalankan berkat kerjasama semua pihak terlibat. Terima kasih kepada pihak pengajur dan tuan rumah atas penyediaan program ini.