+6019 4101 400

12 Jun 2023, Program Pekebun Kecil dan Makmur PWPK & KGMR anjuran Pejabat RISDA Daerah Setiu bertempat di Peladang Agro Resort.

10 orang pelajar bacelor UCB (2 kumpulan) mengambil bahagian di dalam pertandingan Explorace yang dianjurkan. Kedua-dua kumpulan ini mendapat tempat ketiga dan johan bagi pertandingan ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Abdul Razak Salleh diiringi salah seorang pegawai BHEPA, Encik Tengku Ahmad Sallahudden.

Tahniah kepada pelajar UCB! Semoga dengan penyertaan program-program begini dapat mendekatkan lagi ukhuwah komuniti setempat dan UCB, serta para pelajar khususnya.