+6019 4101 400

Pusat Pengajian Sains Kejururawatan

Pusat Pengajian Sains Kejururawatan

Ringkasan Fakulti

Program Diploma Kejururawatan Kolej Universiti Bestari (UCB) merupakan satu program yang telah bermula sejak tahun 2007 dan diiktiraf oleh MQA. Program ini juga melahirkan ramai graduan yang kini berkhidmat di dalam sektor swasta mahupun Kerajaan, dalam dan juga luar negara.  Nilai kebolehpasaran yang tinggi meletakkan program ini sebagai antara program yang sering mendapat perhatian masyarakat.

Visi

Program Diploma Kejururawatan merupakan salah satu program UCB  yang diiktiraf dan dikenali secara global dalam bidang pendidikan dan latihan ke arah pembangunan modal insan yang sejajar dengan aspirasi negara.

Misi

Membina dan meningkatkan mutu pengajian melalui sistem dan amalan pengajaran serta pembelajaran yang cemerlang, kreatif dan inovatif berteraskan penggunaan teknologi moden setanding dan setara dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta premier yang lain. 

Memfokuskan kepada ilmu pengetahuan, kemahiran praktikal dan pembentukan sahsiah diri yang unggul menjadi tunjang kepada proses melahirkan profesional dalam bidang kejururawatan dan secara tidak langsung memenuhi visi UCB untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang dapat melahirkan modal insan yang memenuhi wawasan. Maka, secara tidak langsung aspirasi negara juga akan dapat direalisasikan melalui program ini.

Galeri

2 buah Makmal Kejurawatan dengan kelengkapan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Program Pengajian Fakulti