Home » Bahagian » Unit Ekuin

Unit Ekuin

Unit Ekuin

Pengenalan

Kuda telah di simpan dan di ternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, diantaranya baka kuda kuno atau ‘ancient horses’ ialah kuda liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah seperti Mongolia, Turkoman dan Afghanistan) kuda Morgan (USA), Tarpan. Arab (Timur Tengah). Manusia mula menjinakkan kuda dan menjadikan sebagai aset yang amat penting, baik dalam peperengan, petunjukkan sarkas, sukan, pertandingan dan pertanian. Perkembangan sukan berkuda di Malaysia semakin meningkat dalam banyak displin antaranya dressage, showjumping dan endurance.            

Unit Equine, UC Bestari telah diwujudkan dibawah akademik Kolej Universiti Bestari sebagai salah satu daripada kemudahan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Unit Equine membolehkan penglibatan aktiviti berkuda sepenuhnya oleh warga UC Bestari iaitu staff dan pelajar. Dikampus UC Bestari pada mulanya mempunyai 6 ekor kuda dan kemudiannya telah bertambah menjadi 11 ekor. UC Bestari juga menerima sumbangan kuda dari pihak luar sebanyak 7 ekor dimana kuda ini disumbangkan bagi sesi pemulihan dan kegunaan warga UC Bestari untuk sesi latihan.

Selain itu, Unit  Equine juga akan mendedahkan kepada warga UC Bestari berkaitan penerangan serta latihan kepada warga UC Bestari  yang berminat terlibat secara aktif dalam dunia kuda. Bagi warga UC Bestari yang memilih kokurikulum ini akan menerima ilmu berkaitan kuda secara mahir terutamanya dalam bidang pengurusan, latihan kuda dan penunggang. Latihan diadakan mengikut jadual yang telah disediakan seperti sesi latihan melibatkan stamina, cara menunggang kuda dan penjagaan am kuda. Disini juga, menjalankan sesi terapi kepada pelajar kurang upaya.

Visi

“Mewujudkan masyarakat universiti yang sihat mental, kuat fzikal serta menjadi insan yang produktif pada bangsa dan negara”

Visi

“Mewujudkan masyarakat universiti yang sihat mental, kuat fzikal serta menjadi insan yang produktif pada bangsa dan negara”

Misi

“Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan untuk melahirkan warga universiti yang sihat secara keseluruhan melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti”.

Galeri

Galeri gambar aktiviti – aktiviti berkuda di Kolej Universiti Bestari – UC Bestari