
University College Bestari (UCB) terus komited dalam memperkasa pendidikan dan membina masa depan anak-anak yatim melalui kerjasama strategik antara Sadaqa House Bank Islam Malaysia Berhad dan Peyatim Malaysia yang telah terjalin sejak tahun 2022.
Sehingga tahun 2026, lebih RM3.14 juta telah disalurkan kepada lebih 500 penerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan anak yatim.
Antara inisiatif utama ialah Program Biasiswa Kejururawatan UCB yang melibatkan tajaan berjumlah RM586,800 kepada 45 pelajar kejururawatan, merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup.
Kerjasama ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah membina ekosistem sokongan menyeluruh bagi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan profesional, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk masa depan yang lebih cerah.
Bersama menyemai harapan, memperkasa pendidikan dan membina masa depan.
#UniversityCollegeBestari #UCB #SadaqaHouse #BankIslam #PEYATIM #BiasiswaPendidikan #BiasiswaKejururawatan #PendidikanUntukSemua















