Dengan kerjasama Terengganu Incorporated, Yayasan Pendidikan MAIDAM, dan KMI Healthcare, UCB Bestari telah berjaya menganjurkan Program Inspirasi Tunas Scholar 2026 bagi merasmikan pengambilan kohort ketiga Program Tunas Scholar.
Majlis yang penuh inspirasi ini menghimpunkan barisan kepimpinan daripada pelbagai organisasi rakan strategik di kampus, termasuk perasmi majlis YBhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc), yang disambut mesra oleh Naib Canselor UCB Bestari, Prof. Dr. Mustapha bin Ismail, bersama Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Hj. Besar bin Ngah. urut hadir menjayakan majlis ini adalah Ir. Ts. Dr. Nurul Islam bin Mohamed Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare Sdn. Bhd.), Puan Wazlina binti Wahi (Ketua Kejururawatan Kumpulan, Bahagian Kejururawatan KMI Healthcare), Encik Muhammad Ghazali bin Zainal Yusof (Pengurus Besar KMI Kuala Terengganu), Puan Suhartini binti Mohamad (Eksekutif Kanan Hubungan Awam Yayasan Pendidikan MAIDAM), serta Cik Nur Madihah binti Kamaruzaman (Eksekutif Pemasaran Yayasan Pendidikan MAIDAM).

Bagi pengambilan tahun 2026, seramai 15 pelajar telah terpilih untuk menerima penajaan biasiswa, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan penerima manfaat kepada 47 orang pelajar sejak program ini diperkenalkan. Dijangka bergraduan pada Jun 2029, para pelajar ini mencerminkan visi bersama antara UCB Bestari dan rakan-rakan strategiknya dalam memperkasakan kecemerlangan pendidikan serta melahirkan bakat berimpak tinggi demi masa depan.

















