Pendaftaran Persatuan & Kelab Secara Berpusat untuk Semua Mahasiswa/i

Semester baru telah bermula. Mahasiswa/i sudah boleh melibatkan diri dalam persatuan dan kelab. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) telah mengadakan pendaftaran secara berpusat untuk semua mahasiswa/i melibatkan diri dalam kelab dan persatuan pada 15 Mac 2022 jam 9:00 malam. Terdapat sebanyak 17 kelab dan persatuan yang boleh dipilih oleh mahasiswa/i untuk mendaftar. Antaranya Persatuan Fakulti Sains Sosial, Persatuan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Kelab YADIM, Kelab Digital dan lain-lain.”Kecekalan Merintis Kejayaan”