Berita
20 Jun 2022, Isnin – Kunjungan Mesra ARS Synergy Ke UCB Bagi Tujuan Jalinan Industri Untuk Penempatan Pelajar Praktikal.
Terima kasih ARS Synergy di atas kesudian memilih UCB bagi memberi pendedahan dan peluang kerjaya untuk pelajar UCB.
24 Mei 2022, Selasa – Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Dan Bantuan Komputer Riba Buat Pelajar Anak Yatim Dan Asnaf UCB
Berakhir sudah majlis penyampaian sumbangan zakat dan bantuan komputer riba buat pelajar anak yatim dan asnaf UCB yang terpilih. Penyerahan Mock Cheque telah disempurnakan oleh pihak CIMB Bank Cawangan Jerteh kepada Yayasan Khalifah. Bantuan zakat diberikan kepada 75 orang pelajar dan penyerahan komputer riba kepada 5 orang pelajar.
18 Mei 2022 Rabu – Perkongsian Ilmu Bersama Prof. Madya DR. Asri Bin Selamat.
Satu majlis perkongsian ilmu telah berlangsung di Dewan Teater, University College Bestari (UCB) pada 18 Mei 2022. Majlis ini bertajuk “Pembinaan soalan & Peraturan Pemarkahan” telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat, pensyarah hebat dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Perkongsian ilmu ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah dalam menggubal
18 Mei 2022 Rabu – Perkongsian Ilmu Bersama Prof. Madya DR. Asri Bin Selamat. Read More »
11 April 2022, Isnin – Pendaftaran Pelajar Program Asasi dan Diploma dari Perkaya Marang, Terengganu.
Pada 11 April 2022, seramai 14 orang pelajar dari Perkaya Marang telah mendaftar sebagai pelajar program Asasi dan Diploma di University College Bestari (UCB). Program pendaftaran berlangsung di pejabat pemasaran dan seterusnya pelajar dibawa ke asrama untuk mendaftar penginapan mereka. Tahniah kepada semua pelajar dari Perkaya Marang kerana telah menjadi mahasiswa/i UCB.
27 MAC 2022, Ahad | Lawatan dari PERKAYA Marang ke University College Bestari (UCB).
Satu lawatan muhibbah dari PERKAYA Marang ke UCB telah diadakan pada 27 Mac 2022. Rombongan seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PERKAYA diberi taklimat mengenai UCB. Mereka juga dibawa melawat sekitar kampus UCB dan melihat kemudahan bagi pelajar. Turut hadir Dr. KH. Sifu Khalifah Suhaimi Bin Haji Abas ( Presiden OTAi Group
27 MAC 2022, Ahad | Lawatan dari PERKAYA Marang ke University College Bestari (UCB). Read More »
Majlis Tandatangan MOU Antara UCB dan UTHM
Satu majlis menandatangani MOU antara UCB dan UTHM telah berlangsung di UTHM, Johor pada 24 Mac 2022. Diharap, dengan perjanjian ini, pelbagai kerjasama erat terjalin antara kedua-duanya.









