+6019 4101 400

9 Mac 2023, Khamis – Lawatan Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim/Miskin Sabak Bernam, Selangor ke University College Bestari.

UCB telah dikunjungi oleh rumah kebajikan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim/Miskin Sabak Bernam, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalkan UCB dengan lebih dekat kepada mereka. Semasa lawatan tersebut, anak-anak yatim telah dibawa melawat beberapa fasiliti UCB seperti makmal kejururawatan, makmal pendidikan awal kanak-kanak, bengkel keusahawanan serta dapur fakulti hospitaliti dan pelancongan.

Selain itu, pelajar Diploma Kulinari dan pelajar Diploma Pengurusan Hotel UCB telah menyediakan hidangan istimewa untuk anak-anak dan pengiring mereka. Diharapkan bahawa anak-anak yang berkunjung ini akan menjadi sebahagian daripada warga UCB di masa depan, kerana UCB telah dibangunkan untuk membela nasib anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. UCB mengucapkan terima kasih atas kunjungan mereka dan berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang.