Program yang berlangsung pada 22 September 2022 ini telah dihadiri oleh 90 orang
ahli rombongan yang terdiri daripada guru pengiring dan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.
Pelajar telah diberi penerangan mengenai UCB oleh Hj. Romeli bin Ismail dan maklumat
program oleh tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Sosial (Prof.Madya Dr. Anura Ibrahim),
Fakulti Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan (Puan Ruzilawati binti Ismail) dan
Pusat Pengajian Sains Kejururawatan (Puan Norhafizah Ngabdullah).



