Perpustakaan

Perpustakaan

Pengenalan

Perpustakaan UCB  (dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan KTB) telah ditubuhkan pada 4 Jun 1998 selaras dengan penubuhan Kolej Teknologi Bestari bagi membantu proses pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan. Perpustakaan ini mampu menampung kapasiti pelajar 200 orang pada satu-satu masa.

Tanggal 1 Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari telah dinaiktaraf menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai Kolej Universiti Bestari (Universiti College Bestari – UCB) dan secara automatiknya perpustakaan KTB bertukar kepada Perpustakaan UCB. Setakat ini jumlah koleksi perpustakaan mencapai lebih kurang 20,000 koleksi bahan termasuk monograf, majalah, koleksi CD, koleksi jurnal bercetak, koleksi tesis pelajar serta keratan akhbar. Perpustakaan UCB mengklasifikasikan bahan menggunakan sistem pengkelasan LCC (Library Congress Classification) bermula dari abjad A hingga Z yang mana pengkelasan ini merupakan standard antarabangsa yang biasa digunakaan di perpustakaan akademik/ universiti.

  • Menyediakan bahan-bahan rujukan untuk pelajar dan kakitangan.
  • Mengurus pembelian buku berdasarkan pengajian yang ditawarkan.
  • Tempat rujukan untuk pencarian bahan bercetak dan berkomputer.
  • Menyediakan satu tempat mengulangkaji pelajaran secara kondisi.

Visi

Memenuhi keperluan maklumat kolej universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan.

Visi

Memenuhi keperluan maklumat kolej universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan.

Misi

  • Menjadi pusat penyebaran maklumat yang terbaik dengan menyediakan bahan -bahan yang relevan dan menepati kesesuaian keperluan akademik.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada warga Kolej Universiti Bestari dengan mengutamakan budaya kerja yang baik dan profesional.
  • Mewujudkan budaya celik ilmu di kalangan pelajar.
  • Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik di kalangan pelajar dengan menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkesan dan tepat

Senarai Unit

Unit Perolehan

Unit ini bertanggungjawab dalam membuat pembelian bahan melalui pembekal @ terus penerbit @ secara talian. Pegawai yang bertugas di unit ini akan membuat pesanan buku berdasarkan senarai bahan rujukan yang telah diminta oleh Dekan@ Ketua Program @ Pensyarah.

Unit Pengkatalogan

Bahan-bahan yang diterima perlu direkodkan didalam sistem terlebih dahulu sebelum diletakkan di rak mengikut pengkelasan bahan tersebut. Unit ini bertanggungjawab dalam mengkatalog setiap bahan yang diterima ke dalam sistem menggunakan copy cataloging @ original cataloging.

Unit Sirkulasi/khidmat Pelanggan

Unit ini melibatkan proses pendaftaran ahli perpustakaan, peminjaman, pemulangan serta pembaharuan bahan perpustakaan.

Unit Perkhidmatan Rujukan Maklumat

Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat seperti Kelas Pendidikan Pengguna dan Literasi Maklumat.

Perkhidmatan

Ahad-Rabu8.45 am - 10.00 pm
Khamis8.45 am - 3.00 pm
Jumaattutup

Keahlian

Para pelajar dan staf perlu mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli perpustakaan. Keahlian publik perlu mengemukakan surat jaminan daripada majikan dan mengisi borang keahlian mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Borang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pengguna. Perpustakaan amat mengalu-alukan staf dan pelajar UCB ,IKB(Institut Kemahiran Bestari),PERKAYA, dan pelajar dan staf dari IPTA/IPTS yang lain dan undividu-individu untuk menjadi ahli perpustakaan UCB.

Kategori Ahli

Ahli Biasa

Semua staf dan Pelajar UCB (kecuali staf kontrak/sambilan/praktikal yang tempoh kontrak kurang dari setahun). Pendaftaran ahli (percuma) Yuran Tahunan (percuma) Deposit (percuma) *staf kontark/sambilan dikenakan yuran pendaftaran ahli RM20 yuran, Tahunan RM10 dan kad keahlian RM5. Semua staf dan pelajar IKB Semua staf Perkaya.

Keahlian Publik​

Terbuka Kepada: Kakitangan kerajaan, badan berkanun, swasta dan orang awam. Pesara UCB dan Ahli Alumni UCB. Korporat (Organisasi Kerajaan/Swasta). Pelajar-pelajar IPTS.

Kategori Pinjaman

KategoriPinjaman
Pelajar4 buah (14 hari)
Pensyarah8 Buah (60 Hari)
Pustakawan8 Buah (180 Hari)
Professional5 Buah (30 Hari)
Staf Sokongan3 Buah (14 Hari)
Ahli Politik3 Buah (30 Hari)

Peraturan Perpustakaan

  • Pelajar diwajibkan memakai kad matrik semasa berada di perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan menggunkaan kad matrik pelajar lain untuk sebarang urusan di perpustakaan.
  • Beg, bungkusan, fail dan jaket hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan diluar perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan barang-barang di kaunter perpustakaan.
  • Pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas. (kemeja / t-shirt, seluar slack, rambut tidak mencecah kolar, tidak memakai jeans dan topi).