+6019 4101 400

Kebajikan Pelajar

Kebajikan Pelajar

Kehidupan Kampus  |  Fasiliti  | Kebajikan Pelajar |  Persatuan & Kelab

UC Bestari amat menitikberatkan kebajikan pelajar sepanjang pengajian supaya segala urusan dan keperluan dipenuhi terutamanya kepada yang amat memerlukan.

Kami Prihatin kepada Semua Pelajar UC Bestari.

 Tumpuan kepada Bantuan Kewangan, Bantuan Makan dan Minum, Kemudahan Penginapan dan Perkhidmatan Kesihatan. Pada masa kini, kebajikan  diuruskan secara bersama melalui Tabung Kebajikan (Pinjaman) pelajar, Tabung Kebajikan (Sumbangan/Kecemasan) pelajar, Bantuan Makan dan Minum pelajar, Perkhidmatan Kesihatan pelajar dan Insurans pelajar.

Insurans Pelajar

Skim insurans berkelompok bagi semua pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Kesihatan Pelajar

Perkhidmatan penghantaran ke klinik atau Hospital Kerajaan.

Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan kepada pelajar yang kesusahan dan kesulitan dalam kewangan, kemalangan, tercedera atau berlaku kematian (bantuan kepada waris) sepanjang tempoh pengajian.

Bantuan Makan

Pelajar yang layak boleh mendapat bantuan makan 3 kali sehari pada kadar RM3 sahaja melalui program dapur minda.

Majlis Perwakilan Pelajar

Pelajar boleh bergiat aktif melalui kegiatan dan persatuan pelajar.

Kaunseling

Sesi kaunseling individu, kelompok dan bimbingan. Membimbing pelajar ke arah sifar salah laku.

Kerjaya

Pendedahan jaringan kerjaya berdasarkan keperluan semasa industri pekerjaan.

Aktiviti Keagamaan

Mewujudkan warga kampus yang cenderung kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, mempunyai ketahanan rohani dan jasmani yang tinggi dengan program bercorak keagamaan dan pengurusan surau.

Hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Maklumat lanjut sila hubungi kami di : +609-6097102 : HEPA

Hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)

Maklumat lanjut sila hubungi kami di
: +609-6097102 : HEPA