+6019 4101 400

18 Jun 2022, Sabtu – UCB Language Explorace 2022 Anjuran Jabatan Pengajian Bahasa, Bahagian Pembangunan Usahawan dan BHEPA.

Program tahunan Jabatan Pengajian dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan dan BHEPA.

Cuaca yang redup dan berangin pada pagi Sabtu ini membantu para peserta bersaing dengan lebih bersemangat dalam Explorace kali ini.

Program disertai oleh 11 pasukan yang terdiri daripada para pelajar Bacelor. Sebanyak 11 checkpoints di mana para peserta perlu selesaikan 11 tugasan sebelum mereka diisytiharkan sebagai pemenang.

Syabas diucapkan kepada juara UCB Language Explorace Edisi 2022 iaitu pasukan Under 18, diikuti pasukan Bounty Hunters sebagai naib juara. Manakala, pasukan Stylish Teenagers di tempat ketiga. Ternyata gabungan strategi yang tepat dan berkesan membuahkan hasil di dalam perlumbaan yang bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi ketajaman akal fikiran juga.

Terima kasih buat semua urus setia, para peserta, Kelab Digital UCB dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.