Home » Fakulti » Fakulti Sains Informatik

Fakulti Sains Informatik

Fakulti Sains Informatik

Ringkasan Fakulti

Fakulti Sains Informatik (FSI) ditubuhkan seiring dengan penarafan Kolej Universiti pada tahun 2012 yang dahulunya sebagai Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Fakulti Sains Informatik (FSI) ialah salah satu cabang akademik bagi Kolej Universiti Bestari (UC Bestari) yang menyediakan asas pendidikan dalam bidang pengkomputeran seterusnya melahirkan graduan yang memiliki pemahaman mengenai seni bina perkakasan, sistem perisian  serta proses reka bentuk sistem dan juga memiliki  pengetahuan luas  mengenai  teknologi semasa untuk menangani  perkembangan mendatang. Selain menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Information Technology (IT) dan pengurusan, ia juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan interaksi dalam menyediakan mereka untuk menjadi seorang pakar dalam bidang pengkomputeran. Semua program pengajian di peringkat sarjana muda  yang ditawarkan disesuaikan dengan standard Association for Computing Machinery (ACM).

Fakulti Sains Informatik (FSI) diterajui oleh seorang timbalan dekan dan dibantu oleh ketua program. Fakulti Sains Informatik (FSI) mempunyai pensyarah yang berkaliber tinggi dan berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu sains komputer, teknologi maklumat, multimedia dan matematik.

Bertepatan dengan falsafah pendidikan universiti, fakulti sentiasa memastikan kuantiti dan kualiti bidang yang ditawarkan adalah untuk memenuhi permintaan pasaran kerja semasa.  Kini, Fakulti Sains Informatik (FSI) menawarkan program pengajian di peringkat asasi, diploma dan sarjana muda.

Visi

Bertekad untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang menerajui bidang pengkomputeran sejajar dengan visi dan misi UC Bestari.

Misi

Memperkayakan ilmu melalui pendidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang inovatif kreatif dan berintegriti, dalam menerajui pelbagai bidang pengkomputeran.

Misi

Memperkayakan ilmu melalui pendidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang inovatif kreatif dan berintegriti, dalam menerajui pelbagai bidang pengkomputeran.

Objektif

• Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan modal insan bagi merealisasikan dasar negara. • Melahirkan graduan berpengetahuan, berdaya saing, berketerampilan dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti. • Menggalakkan interaksi dan jalinan ilmu antara ahli teknologi maklumat dan sains komputer • Mengamalkan urus tadbir yang efektif dan professional dalam pengurusan pembangunan akademik dan penyelidikan.