Home » Bahagian » Bahagian Kualiti

Bahagian Kualiti

Bahagian Kualiti

About UC Bestari

       University College Bestari (UC Bestari) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB) ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, penubuhan UC Bestari tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih kearah kebajikan. UC Bestari turut merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana supaya peluang pendidikan ini juga dirasai oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.

        Pada 1 Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari (KTB) telah dinaik taraf menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai University College Bestari (UC Bestari).

       Walaupun begitu, sejarah penubuhan Unit Kualiti bermula pada bulan Oktober 2010. Penubuhan ini adalah hasil cadangan Panel Penilai Audit Institusi (MQA) agar pengendalian Sistem Pengurusan Kualiti UCB lebih telus dan berintegriti.

UC Bestari telah memperoleh persijilan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti ( Oktober 2010). Pada Ketika itu unit kualiti dikenali dengan nama Jabatan Perkhidmatan Kualiti. Namun pada tahun 2017 UC Bestari telah naiktaraf sistem kualiti ini kepada sistem kualiti yang baru iaitu MS ISO 9001:2015 pada 2 Februari 2017 dan telah membuat penjenamaan semula dengan nama baru Unit Audit Dalam & jaminan Mutu. Badan pensijilan yang mengiktiraf sistem kualiti ini adalah SIRIM QAS International Sdn Bhd sehingga kini.

Dasar Polisi

UC Bestari komited untuk mengendalikan program pendidikan yang berkualiti bagi program pra siswazah dan pasca siswazah demi melahirkan graduan yang profesional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan negara dengan berfokuskan kepada pelanggan.

UC Bestari akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan ke arah menjadikan UC Bestari setanding dengan Universiti yang lain.

Objektif Kualiti

  1. Mencapai 90% pelajar UC Bestari yang dapat menamatkan pengajian dalam tempoh minima pengajian dengan mendapat sekurang-kurangnya satu sijil Ko-Kurikulum bagi program pra siswazah.
  1. Memastikan pelajar tamat pengajian dengan minima CGPA 2.75 bagi program pra siswazah dan 3.00 bagi program siswazah sekurang-kurangnya 50%.
  2. Meningkatkan kemasukan pelajar sebanyak 10% setiap tahun.

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UC Bestari adalah Pemberian Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Prasiswazah Dan Siswazah yang ditawarkan secara sepenuh masa dan separuh masa di Kolej Universiti Bestari (UC Bestari).