BAHAGIAN HAL-EHWAL PELAJAR

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) merupakan satu bahagian yang menyediakan perkhidmatan dan latihan sebagai sokongan kepada proses pengajian dan penyelidikan mahasiswa di Kolej Universiti Bestari.

HEPA mempunyai misi untuk membantu mahasiswa supaya dapat menguasai bidang ilmu dan kemahiran insaniah bagi melahirkan graduan yang seimbang untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.

Senarai Unit dan Fungsi/perkhidmatan

BHEPA berperanan melalui beberapa unit seperti berikut:

Unit Kaunseling & Kerjaya

Unit ini bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa/i yang bermotivasi tinggi, sahsiah yang baik serta dapat menghadapi dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Juga membantu mahasiswa/ i tentang peluang akademik dan kerjaya. Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal tatatertib.

Noor Najmiah binti Ali
College University Bestari (UC Bestari),
22100 Bandar Permaisuri,Setiu, Terengganu
Tel : +6096097100/102


Unit Pembangunan Pelajar

Unit ini memfokuskan usaha supaya mahasiswa/ i aktif dalam aktiviti berorganisasi melalui kegiatan berpersatuan bagi melahirkan pemimpin berketrampilan dan bersahsiah baik ke arah pembangunan kemahiran insaniah (soft skill)


Unit Sukan & Kebudayaan

Unit ini berhasrat untuk melahirkan pelajar yang berpotensi selain daripada cemerlang dalam bidang akademik. Tumpuan kepada seluruh warga kampus untuk terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum, badan beruniform, aktiviti rekreasi dan lain-lain bagi melatih kemahiran diri, kepimpinan serta mewujudkan semangat kerjasama.


Unit Kokurikulum

Unit ini berperanan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan memupuk budaya kesukanan bagi melahirkan budaya hidup sihat dan cergas.Jabatan ini juga menyelaras penawaran kursus kokurikulum bagi melahirkan mahasiswa/ i yang seimbang serta memupuk budaya keusahawanan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan


Unit Alumni

Unit ini berperanan mewujudkan data graduan universiti serta meneruskan hubungan graduan dengan pihak universiti untuk perkongsian kemahiran demi kebaikan mahasiswa/i universiti.
Juga berperanan mewujudkan hubungan pihak media dengan bahagian supaya setiap aktiviti mendapat liputan secara meluas.